SINOPSIS:
Di sebuah
kampung bernama Pekan Saroja terdapat enam orang lelaki yang
membentuk kumpulan Enam Jahanam. Mereka melakukan pelbagai
kejahatan seperti merompak, memperkosa dan membunuh penduduk
kampung untuk mendapatkan kekayaan dan memuaskan nafsu jahat
mereka. Setelah berjaya mengumpul harta yang begitu banyak,
mereka bersetuju untuk menghentikan kegiatan jahat mereka dan
membawa haluan masing-masing dengan menggunakan kekayaan
tersebut.
Oleh kerana sifat tamak mereka, kumpulan Enam Jahanam
mengambil keputusan untuk melakukan rompakan terakhir mereka di
kampung Pekan Menara. Di situ tinggal saudagar Tantari bersama
isterinya Masmera.
Tantari membuka kedai menjual pakaian dan
kain-kain. Pada malam rompakan tersebut, Tantari telah keluar
atas urusan perniagaan yang penting. Secara kebetulan, Tantari
dan isterinya telah berjanji lebih awal dengan seorang tukang
gambar untuk mengambil gambar mereka berdua. Oleh kerana Tantari
tiada, Masmera bergambar seorang diri. Ketika tukang gambar
memetik kameranya, kumpulan Enam Jahanam masuk ke kedai Tantari
dan berjaya dirakam oleh kamera tersebut. Tukang gambar tersebut
telah dibunuh dengan kejam sementara Masmera diperkosa dan turut
dibunuh.
Apabila Tantari pulang, tukang gambar sempat menunjuk
ke arah Masmera dan kameranya sebelum dia meninggal dunia.
Setelah gambar tersebut dicuci dan dicetak, kelihatan wajah Enam
Jahanam yang bertanggungjawab terhadap kematian isterinya.
Tantari yang pernah menuntut ilmu pendekar berazam untuk
menghapuskan Enam Jahanam berpandukan gambar tersebut. Dalam
perjalanannya dia mendapat pertolongan daripada Damburi yang
muncul secara mencurigakan...
Genre : Comedy / Action
Format : DVD
Tidak ada komentar:
Posting Komentar