SINOPSIS :
Filem ini bermula, Sultan Ahmad Shah Bana (Ahmad Nesfu) memerintah negeri Pura Chendana.
Baginda dibantu oleh Datok Bendahara (Udo Omar), Datok Bentara Mangku Bumi (Malik Sutan
Muda), Datok Pujangga dan Datok Nikah Kahwin (Mustarjo).
Baginda tidak mempunyai waris telah bertitah kepada sekelian hamba rakyat untuk mengambil
seorang anak angkat. Setelah dicanang, maka ramailah ibubapa membawa anak mereka ke istana.
Tun Nila Utama telah dipilih.
Tun Nila Utama melengkapkan diri semasa remaja untuk menjadi pengganti sultan. Setelah
sekian lama menuntut, akhirnya Tun Nila Utama pulang ke istana. Kepulangannya disambut meriah. Kemudiannya baginda Sultan menitahkannya untuk mendirikan
rumah tangga. Tun Nila Utama enggan kerana menganggap semua perempuan yang ada di dalam
negerinya itu hanyalah semata-mata betina. Apabila ditanya baginda Sultan apakah perbezaannya,
Tun Nila Utama pun menjawab,
"Perempuan menjaga maruah, tetapi betina menjualnya."
Tidak kira lelaki mahupun wanita, mereka yang baik adalah mereka yang menjaga maruah. Membataskan
diri dengan mengingati nilai maruah boleh membantu dalam menghasilkan masyarakat yang harmoni,
aman dan sentosa.
Genre : Drama/ Legenda
Format : DVD
Tidak ada komentar:
Posting Komentar