SINOPSIS :
Lakukan Pemesanan Online Sekarang, Klik Disini
Filem ini mengisahkan empat rakan karib yang terdiri dari Farah, Husin,
Adam dan Hamidah telah berjanji untuk berjumpa semula (re-union) selepas
sepuluh tahun tamat pengajian di universiti. Sepuluh tahun telah
berlalu, Farah kini bertugas sebagai jurugambar, Hamidah sebagai
kolumnis majalah hiburan, Husin sebagai jurukamera serta Adam sebagai
guru muzik. Kesibukan membuat Farah tidak ada masa untuk bercinta.
Bagaimanapun, Farah mengenali seorang peguam muda bernama Halim yang
merupakan seorang yang terpelajar tetapi malangnya mempunyai karektor
yang agak ‘clumsy’.
Seperti dijanjikan, mereka akhirnya mengambil
keputusan untuk bertemu di Pulau Langkawi. Hamidah yang dalam diam
menaruh perasaan terhadap Husin, banyak menghabiskan wang membeli belah
beberapa pakaian cantik supaya kelihatan lebih menyerlah di pertemuan
itu nanti. Bagaimanapun Husin lebih meminati Farah dan bukan Hamidah.
Pelbagai cara dilakukan dalam usaha memikat Farah. Selain Husin, teman
wanita Adam bernama Aleya juga cemburu akan hubungan akrab Farah dan
Adam.
Pada hakikatnya, hubungan Farah dan Adam tidak lebih dari seorang
sahabat. Perasaan cinta dan kasih sayang adalah gambaran hati dan
perasaan yang amat sukar dikawal hingga seseorang lalai dan hilang
pertimbangan diri. Hamidah sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai
cita-citanya mendapatkan Husin. Berjayakah Hamidah melaksanakan niat
buruknya menghapuskan Farah teman akrabnya yang menjadi pilihan hati
Husin? Siapakah gerangan jejaka bertuah pilihan Farah? Halim, Husin atau
Adam?
Genre : Comedy / Drama, Romance
Format : VCD
Harga : Rp 15.000 (Belum termasuk ongkos kirim)
Lakukan Pemesanan Online Sekarang, Klik Disini
Tidak ada komentar:
Posting Komentar