SINOPSIS :
Lakukan Pemesanan Online Sekarang, Klik Disini
Mengisahkan seorang pemuda yang bernama Jimmy yang mempunyai satu
tabiat sejak kecil dimana dirinya suka menjaga kebersihan alam sekitar.
Jimmy juga mempunyai sikap yang ganjil sehingga semua penduduk kampung
tidak suka akan sikapnya yang ganjil itu. Jimmy suka berkawan dengan
Orix spesis "big foot".
Sebagai jejaka yang mempunyai perasaan, Jimmy menaruh hati terhadap
Aspalela anak kepada Tok Mudim kampung, begitu juga Aspalela.
Pada suatu hari, Jimmy ke rumah Tok Mudim untuk meminang Aspalela
tetapi ditentang habis-habisan sehingga Tok Mudim macabar Jimmy supaya
mempunyai tanah sendiri jika ingin mengahwini anaknya.
Akhirnya jimmy
berbekalkan idea yang pelik dan bahan buangan, dia dapat membuat tanahya
sendiri tetapi pelik bagi dirinya setiap kali dia bangun dari tidur
kesemua pokok menjadi besar dan akhirnya tanahnya menjadi luas.
Sangkaanya mungkin Aspalela yang menolongnya kerana ingin memberi
sokongan. Tetapi selepas Jimmy mempunyai tanahnya sendiri Wak Pagek juga
tidak menerimanya bahkan dicaci dan dihina. Kordi seorang pemuda yang
paling berjaya disitu juga behasrat untuk memperisterikan Aspalela.
Kordi juga benci akan Jimmy kerana selalu menghalangnya untuk menangkap
ikan. Kordi yang semakin benggang dengan Jimmy menghalau Jimmy dan
menyuruh berkahwin dengan ikan duyung sahaja dan akhirnya berlaku pergaduhan sehinggakan hampir sebahagian pulaunya ranap.
Jimmy kemudian membaiki pulaunya sehinggakan ikan duyung
terjerat di tali ikatanya. Akhirnya Jimmy dan ikan duyung berkawan baik
sehingga Jimmy menjadi seorang yang kaya hasil dari pemberian emas
daripada ikan duyung. Kordi berasa benggang dan cuba untuk menyiasat dan
akhirnya dia dapat menangkap ikan duyung.
Genre : Comedy / Action
Format : VCD
Harga : Rp 15.000 (Belum termasuk ongkos kirim)
Lakukan Pemesanan Online Sekarang, Klik Disini
Tidak ada komentar:
Posting Komentar