SINOPSIS :
Lakukan Pemesanan Online Sekarang, Klik Disini
Ianya bermula Pak Mor “kononnya” cedera selepas membantu Punai, Asmat dan Johan menghalau @ menewaskan Mustika. Rupa-rupanya beliau hanya berlakon sahaja. Pak Mor dan Mustika mempunyai hubungan dan hajat @ niat mereka hanya ingin mewarisi saka & harta arwah Pak Sudir (datuk kepada Punai, Asmat dan Johan) supaya mereka berdua kekal muda selamanya.
Berbalik pada Punai, Asmat dan Johan. Dorang bertiga menyangka dorang dah pulih dari mewarisi saka arwah datuk mereka. Jadi Johan membuat keputusan untuk sambung belajar di luar negara. Maka tinggalah Asmat dan Punai berdua.
Dorang berdua ni bila tidur malam sahaja selalu didatangi mimpi-mimpi
seram! Kebetulan dorang berdua ni berniaga warung dan perniagaan dorang
juga selalu “diganggu”. Kira pelbagai kejadian pelik yang berlaku @
menimpa pada dorang berdua ni. Mereka berdua berpendapat mereka terkena
“badi hantu”! Sebenarnya kejadian pelik tersebut berpunca @ angkara Pak Mor dan Mustika yang inginkan saka yang diwarisi Asmat & Punai.
Disebabkan Asmat dan Punai ingin membuang badi
hantu, maka mereka berdua nih berusaha berjumpa bermacam bomoh-bomoh.
Tapi segala usaha beliau “gagal” dan menemui jalan buntu. Hinggalah satu
malam arwah datuk mereka, Pak Sudir “muncul” di rumah mereka. Pak Sudir berpesan kepada mereka untuk berjumpa dan berguru ilmu bomoh dengan “Wak Ketari” di kawasan utara semenanjung.
Dan mereka pun pergi berjumpa Wak Ketari dan berguru dengan beliau. Namun pemergian Asmat dan Punai berjumpa dan berguru dengan Wak Ketari telah dapat dikesan oleh Pak Mor dan Mustika. Semasa mereka berdua belajar ilmu bomoh, Asmat & Punai ni memendam perasan “Cinta” kepada anak Wak Ketari, Seha. Kerana mereka berdua ini minat dengan si Seha, Asmat dan Punai sering bergaduh sesama sendiri. Disebabkan masing-masing cemburu dan ingin menawan hati Seha, Pak Mor dan Mustika akhirnya menemui cara untuk menghapuskan Asmat dan Punai. Mereka berdua mengambil peluang dan kesempatan ini.
Dan bermulalah pelbagai babak dan peristiwa sepanjang filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2….
Genre : Horor / Thriller
Format : VCD
Harga : Rp 15.000 (Belum termasuk ongkos kirim)
Lakukan Pemesanan Online Sekarang, Klik Disini
Tidak ada komentar:
Posting Komentar