SNIOPSIS :
Lakukan Pemesanan Online Sekarang, Klik Disini
Cerita ini berkisar tentang Man Laksa, seorang pemuda yang pemalu, mencari rezeki dengan menjual laksa
di kampungnya. Suatu hari Biro Penerangan Belia 4B Cawangan Kampung
yang diketuai oleh Fadhil Mat Dom telah bercadang untuk mengadakan malam
anekaragam bagi tujuan mengumpul derma kepada keluarga Pak Maon yang
kehilangan harta benda akibat kebakaran pada musim banjir.
Man Laksa
pula bercita-cita untuk menjual sebanyak mungkin laksa pada malam amal
tersebut. Pada malam itu juga dia juga mahu melamar si buah hatinya,
Chah. Namun Man Laksa sedar ia bukan kerja mudah kerana Chah adalah anak
Ketua Kampung, Tok Ketua Tuan Hj. Sukarno.
Tambahan pula ibu Chah,
Makcik Mahuna adalah seorang yang materialistik. Tetapi Man Laksa yakin
dengan keuntungan menjual berkati-kati laksa, dia akan mampu meminang
Chah. Musuh ketat Man Laksa ialah Saedon Dengki, seorang kutu kampung
yang juga ada hati terhadap Chah. Pelbagai masalah pula muncul
satu-persatu. Orang ramai mula tiba di tapak malam amal. Fadhil yang
mula resah pergi ke belakang pentas untuk memeriksa. Semua orang tiada.
Pentas tak siap, penyanyi dan penari jemputan tak kunjung tiba, band boy
juga tak muncul-muncul, dan seribu satu macam masalah lain. Lan Cicak
kemudian datang kepada Fadhil dan mengatakan tiada persembahan yang
boleh dibuat. Mendengarkan kata-kata tersebut, Fadhil terus pengsan.
Ketua Kampung mahu seseorang menggantikan Fadhil. Sesiapa yang berjaya
menyempurnakan tugas tersebut bakal menjadi menantunya. Mendengarkan
tawaran tersebut, dan untuk membuatkan laksanya laku, Man Laksa terpaksa
mengambil alih tugas tersebut. Penonton yang sudah penat menunggu mula
memekik mahukan artis jemputan. Laksa Man Laksa pula langsung tidak
terjual. Pak Lurah yang menjadi tukang cucuk, menambahkan ketegangan.
Keadaan kucar-kacir tersebut berterusan... Mampukah Man Laksa membawa Ahmad Jais, Saloma dan M. Daud Kilau
menyanyi di kampungnya itu, seperti yang dijanjikan oleh Fadhil Mat
Dom? Sempurnakah persembahan malam amal tersebut, lalu boleh membuatkan
laksanya terjual? Adakah Chah menerima lamaran Man Laksa atau lari
bersama Saedon Dengki?
Genre : Comedy /Drama
Format : VCD
Harga : Rp 15.000 (Belum termasuk ongkos kirim)
Lakukan Pemesanan Online Sekarang, Klik Disini
Tidak ada komentar:
Posting Komentar