SINOPSIS :
Lakukan Pemesanan Online Sekarang, Klik Disini
Senario
The Movie Ops Pocot mengisahkan tentang 3 lelaki yang berlainan.
Masing-masing mempunyai karakter yang pasif dan sentiasa ditindas oleh
orang sekeliling mereka. Azli seorang pemuda yang masih bujang dan
bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pasaraya. Azli seorang
yang mudah penat dan mudah tertidur dalam apa keadaan sekalipun. Mazlan
seorang pemuda yang penakut dan bekerja di sebuah syarikat swasta.
Beliau selalu dibuli oleh rakan sekerjanya malah sejak kecil lagi dia
menjadi mangsa buli rakan-rakannya. Wahid pula seorang yang pendiam dan
bekerja di sebuah agensi membekalkan pekerja-pekerja asing. Sikap mereka
itu membuatkan ketua mereka mengambil langkah memasukkan mereka ke kem
motivasi yang dikendalikan oleh Ikatan Relawan Malaysia (RELA).
Tujuan
utama ketua masing-masing mendaftarkan mereka adalah untuk membantu
dalam mengubah cara hidup mereka. Ketika di kem motivasi tersebut,
mereka turut berkenalan dengan Hairi, Bob, dan Maman. Turut sama
terlibat dalamkem ini ialah Azie, Mala, dan Ann. Sepanjang penglibatan
mereka dalam kem motivasi ini, mereka dilatih oleh seorang bekas pesara
askar iaitu Pak Bad yang sememangnya terkenal dengan sikap bengis dan
garangnya. Berbagai kisah lucu yang terjadi sepanjang penglibatan mereka
menyertai kem RELA ini. Bermula dengan latihan yang teruk oleh Pak Bad
serta kenakalan Bob, Maman, Ad dan Hairi sehinggalah ke bibit-bibit
cinta diantara Azie, Mala, dan Ann terhadap Azli, Mazlan, dan juga
Wahid. Adakah kem motivasi ini berjaya mengubah sikap mereka atau
sebaliknya?
Genre : Comedy / Action
Format : DVD
Harga : Rp 15.000 (Belum termasuk ongkos kirim)
Lakukan Pemesanan Online Sekarang, Klik Disini
Tidak ada komentar:
Posting Komentar