SINOPSIS :
Lakukan Pemesanan Online Sekarang, Klik Disini
Filem ini mengisahkan Hafiz (lakonan Pierre Andre) seorang yang telah
berkahwin sebanyak lima kali dan bercerai di atas sebab-sebab tertentu
untuk kelima-lima isterinya.
Perkahwinan pertama bersama Zai. Secara tak sengaja 12 tahun
sebelumnya dengan seorang tomboi bernama Zai, apabila mereka ditangkap
pasukan pencegah maksiat secara kelakar walaupun mereka tak bersalah.
Zai diceraikan kerana mak Hafiz salah faham ternampak Zai bercanda
dengan seorang perempuan.
Perkahwinan kedua bersama Fatihah. Seorang wanita yang sangat patuh
pada arahan. Setelah bosan, beliau diceraikan. Perkahwinan ketiga
bersama Sophie, seorang wanita kaya.
Setelah berkahwin Hafiz tidak
bekerja dan Sophie dapat tahu mengenai dua perkahwinan awalnya. Hafiz
dibelasah pengawal Sophie dan akhirnya diceraikan. Perkahwinan keempat bersama Wanda. Seorang gadis litar yang telah
menjadi janda beberapa kali. Apabila berkahwin Hafiz mengetahui tabiat
buruk Wanda dan 6 orang anaknya. Perkahwinan terakhir bersama Ziana.
Beliau hampir melanggar Ziana yang menyelamatkan seekor binatang di
tengah jalan, dan terus jatuh cinta dan berkahwin. Setelah di-queen
control oleh Ziana, Hafiz menceraikan isterinya yang kelima.
Akhirnya beliau menjumpai Arisa, yang diharap adalah cinta sejatinya.
Pada awalnya kesemua janda-janda beliau cuba untuk menyelamatkan Arisa
daripada menjadi janda seterusnya, namun pada akhirnya mereka berpakat
dan membantu Hafiz untuk mengambil hati Arisa. Apakah yang berlaku
seterusnya.
Sebelum memulakan review, kami ingin nyatakan di sini bahawa kami
sentiasa membuat review secara jujur dari kaca mata seorang penonton
biasa. Jangan kata kami tak support filem tempatan. Kami sentiasa
support filem-filem tempatan yang baik, namun untuk filem ni banyak
kekurangan dari kebaikan. Nak kata macam tengok bola la, semua penyokong
nak team diorang menang, tapi bila dapat bola semua tendang atas palang
gol memang takkan dapat la kita raikan kemenangan kan? Tak puas la
tengok kan? Panaskan badan nak tengok friendly Malaysia-Singapore esok
katanya.
Orait, pertama sekali kami nak sentuh mengenai pelakon. Gandingan
Pierre Andre dan Intan Ladyana seharusnya menjadi mantap la kan, diorang
orang lama dalam industri perfileman. Belum pun masuk lagi pelakon lain
yang menjadi janda-janda kepada Hafiz dalam filem ni. Boleh dikatakan
semua pelakon nampak seperti agak kaku dan macam tidak bersedia sangat.
Satu perkara lagi, kelainan watak yang ingin dibawa kepada kesemua lima
janda tu tampak kurang menjadi. Pelik sangat cara diorang berlakon. Yang
nampak OK pun isteri pertama Pierre Andre tu je sebagai tomboi.
Kamera pada banyak part seperti bergegar-gegar. Lokasi untuk sejam
pertama filem ni hanya di dataran di sebelah Suruhanjaya Tenaga di
Putrajaya. Sepanjang filem ni terlalu banyak sangat dialog yang tak
perlu. Yup, tak perlu! Contohnya, apabila seseorang tu bercakap dan pada
masa yang sama melakonkan semula perkara yang dibuatnya. Arghhh, rasa
rimas banyak sangat bercakap, jika dikurangkan sedikit dialog/narration
dan lebihkan body language. Menyentuh pada genre komedi filem ni, ada
jugak beberapa part yang kelakar sangat, tapi dialog yang panjang tadi
menjadikan filem ni membosankan sedikit bila komedi berlalu pergi..
Kelakarnya apabila mood watak-watak dalam filem ni cepat sangat
berubah. Ditambah pada penghujung filem ni, Hafiz datang ke rumah Arisa
setelah dipaksa oleh kelima-lima jandanya. Dan keluarlah mak si Arisa ni
memula marah, pastu kejap je berubah jadi sangat suka dan dia pulak
yang lebih-lebih, seterusnya datang jiran-jiran bawak sepanduk suruh
Arisa terima Hafiz. WTH? Spoiler ending xmo la cerita, lebih kurang
konsep Bini-biniku Gangster..
Genre : Comedy/ Action
Format : DVD
Harga : Rp 15.000 (Belum termasuk ongkos kirim)
Lakukan Pemesanan Online Sekarang, Klik Disini
Tidak ada komentar:
Posting Komentar