SINOPSIS :
Lakukan Pemesanan Online Sekarang, Klik Disini
Filem Gila-Gila Pengantin Popular mengisahkan
Zul yang telah pun bertunang dengan Fatimah dan merancang untuk
melangsungkan perkahwinan dalam waktu terdekat. Bagaimanapun Fatimah
pula telah dipilih menyertai rancangan realiti TV, Akademi Idola dan
muncul sebagai juara. Setelah berjaya, Fatimah menggunakan nama Irma.
Herman dan Sheera yang mengelola rancangan tersebut bertanggungjawab
mengendalikan karier dan imej Irma.
Tarikh perkahwinan yang dijanjikan
semakin hampir tetapi Zul tidak dibenarkan bertemu dengan Irma. Pada
satu sidang akhbar, Herman mengumumkan bahawa Irma telah putus tunang.
Sementara itu Sheera yang diberhentikan oleh Herman, berazam untuk
membantu Zul bertemu semula dengan Irma. Sheera kemudian bertemu dengan
Awin, bekas penyanyi dari kumpulan rock.
Dengan bantuan Awin dan Mala seorang
jurulatih senamrobik yang juga rakan serumah Sheera, mereka berjaya
membentuk Zul menjadi seorang artis dan mempertemukan dia dengan Irma
dalam satu pertunjukan pentas.
Genre : Comedy / Action
Format : VCD
Harga : Rp 15.000 (Belum termasuk ongkos kirim)
Lakukan Pemesanan Online Sekarang, Klik Disini
Hello... macam mana mahu buat pembayaran duit.. dari malaysia...
BalasHapus